KUALA LUMPUR: Ringgit rendah berbanding dolar US pada sesi dagangan awal hari ini kerana pelabur kekal di luar pasaran, menjangkakan beberapa peristiwa global dan beberapa data penting termasuk mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan datang.
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata FOMC dijadual bermesyuarat esok (30 April) dan 1 Mei, pasaran menjangkakan tiada perubahan dalam kadar dan keputusan oleh jawatankuasa tersebut.
"Sehubungan itu, ringgit diunjurkan kekal lemah manakala dolar US dijangka kekal kukuh berbanding mata wang ekonomi utama lain," katanya kepada Bernama.
Ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0154/0216 daripada 3.0408/0451 ketika ditutup pada Jumaat dan naik berbanding euro kepada 5.1098/1200 daripada 5.1157/1221 minggu lepas, bagaimanapun merosot berbanding pound Britain kepada 5.9711/9829 daripada 5.9644/9719 sebelumnya.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.8782/9084 daripada 12.8902/9120 pada Jumaat dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 294.3/295.0 daripada 293.9/294.4.
Bagaimanapun, ringgit turun berbanding peso Filipina kepada 8.27/8.29 daripada 8.26/8.27 pada Jumaat dan menguncup berbanding dolar Singapura kepada 3.5033/5105 daripada 3.5021/5068 sebelumnya/
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat. -Gambar fail/Reuters
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Pelaburan China di Sarawak cecah RM19.4 bilion, cipta lebih 10,000 peluang pekerjaan - Abang Johari
China labur lebih RM19.4 bilion terutamanya dalam projek solar, keluli dan pembuatan berasaskan kayu di Sarawak.
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
Tekanan inflasi daripada penyasaran subsidi diesel boleh diurus - HLIB
Langkah menyasarkan subsidi diesel dianggarkan membawa penjimatan sebanyak RM4 bilion setiap tahun kepada kerajaan.
Kimberly bersara setelah hilang motivasi untuk berlatih
Kimberly Bong mengambil keputusan tinggalkan kem terjun negara selepas tidak lagi bermotivasi untuk meneruskan latihan.
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, kekukuhan dolar pengaruhi permintaan
Pada 9 pagi, ringgit turun kepada 4.7100/7130 berbanding dolar AS daripada 4.6950/6985 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini kerana sentimen pasaran telah dipengaruhi oleh komen-komen daripada pegawai Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS
Ringgit diniagakan tinggi pada Isnin berbanding dolar AS berikutan keyakinan baharu mengenai prospek penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan pelabur menunggu pengumuman mengenai prestasi KDNK suku pertama 2024.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Ringgit mengukuh hampir 4.70, jaminan Fed tingkat harapan berhubung kadar faedah
Aliran meningkat ringgit berterusan, kembali kepada paras 4.70 berikutan jaminan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).